Segala puji bagi ALLAH yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang
Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang
Maha Menguasai Segala-galanya dan
Tiada Tandingannya.
Segala puji bagi ALLAH yang
menguasai hidup dan mati kami,
keluasan dan kesempitan kehidupan
kami, kesenangan dan kesusahan
hayat kami.
Segala puji bagi ALLAH yang pada
tanganMu terikat segala-galanya, yang
pada kudratMu terkawal segala-
galanya.
Selawat dan salam atas kekasihMu,
Muhammad Rasulullah SAW, seluruh
ahli keluarganya, para sahabatnya,
serta semua mereka yang mengikuti
mereka dari semasa ke semasa
hinggalah pada hari yang KAU janjikan
akan hancur segala-galanya.
Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya
‘AZIZ, KAU mendengar segala bicara
kami, KAU melihat segala apa yang
berlaku pada kami, KAU mengetahui
segala-galanya, lebih dari apa yang
kami ketahui.
Hanya kepada KAU sahajalah kami
tunduk menghinakan diri, hanya
kepada KAU sahajalah kami sujud taat
merendah diri, hanya kepada KAU
sahaja yang kami adukan segala
masalah kami,
hanya kepada KAUsahaja segala
pertolongan kami pinta,
hanya kepada KAU sahaja tempat
kami bergantung dalam segala hal dan
perkara.
Maka bantulah kami, maka bantulah
kami, maka bantulah kami.
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Saudara-saudara kami di Gaza dan
seluruh Palestin sedang menderita
dihentam oleh kaum yang pernah
mengkhianatiMu.
Saudara-saudara kami di Gaza dan
seluruh Palestin sedang teruk diserang
oleh musuh-musuhMu yang hendak
memadamkan deenMu.
Saudara-saudara kami di Gaza dan
seluruh Palestin sedang tersepit dan
terhimpit atas tindakan kaum Yahudi
yang ingin memusnahkan deenMu.
Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih
tahu apa yang berlaku terhadap
saudara kami di Gaza khasnya, dan di
seluruh Palestin amnya. Maka kepada
KAU sahajalah yang kami mampu
adukan hal kami dan hal mereka.
Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan
kaki kami terikat dari membantu
mereka.
Hanya doa dan aduan kepadaMu
sahaja yang mampu kami lakukan.
Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf
pejuang-pejuang yang
mempertahankan deenMu di Gaza dan
seluruh Palestin.
Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-
hambaMu yang sedang bermatian
mempertahankan deenMu di Gaza dan
seluruh Palestin.
Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-
hambaMu yang sedang dihimpit oleh
musuh-musuh yang ingin
memadamkan deenMu.Ya ALLAH,
KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa,
KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul
Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada
nyawa-nyawa saudara kami yang
sedang bermatian bertahan dan
berjuang di Gaza dan seluruh Palestin.
Maka dengan penuh hina, kami
HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN
kepada segala-galanya untuk
membantu segala benda yang menjadi
milikMU.
Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH,
bantulah mereka, bantulah mereka.
Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya
Zal Jalali Wal Ikram,Satukanlah saf
pejuang-pejuangmu di Gaza dan
seluruh Palestin.
Kuatkanlah kaki-kaki mereka.
Bantulah mereka dengan tentera-
tentera yang KAU pernah turunkan di
medan Badar pada masa dahulu,
hantarkanlah angin taufan membantu
mereka seperti KAU hantarkan ketika
perang Khandaq, bantulah mereka
dengan tentera-tentera tak terlihat
seperti KAU lakukan ketika perang
Hunain, jagalah mereka ya ALLAH,
sebagaimana KAU menjaga tentera-
tentera muslimin ketika Perang Mu’tah.
Pertahankanlah mereka ya ALLAH,
sebagaimana KAU menjaga RasulMu
di medan Uhud.
Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,
Tangan kami pendek tak tercapai ke
sana, tanganMu jugalah yang berada
di atas kekuatan kesatuan mereka.
Bantulah mereka saudara-saudara
kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah
mereka Ya ALLAH.
Ya ALLAH,Sesungguhnya Yahudi dan
segala kuncu-kuncunya, dengan
segala manusia yang bersekongkol
dengannya, telah melampau-lampau.
Mereka telah membunuh ramai para
nabi dan RasulMu, mereka juga
menyakiti hati Rasulullah SAW
kekasihMu.
Hari ini mereka hendak memadamkan
ummat Rasulullah SAW kekasihMu.
Sesungguhnya mereka adalah kaum
yang menderhaka kepadaMua tanpa
henti.
Telah KAU hantar ratusan utusan
untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti.
Hinggalah hari ini ya ALLAH, mereka
telah menyakiti saudara-saudara kami,
mereka hendak memadamkan deenMu
ya ALLAH….
Sesungguhnya Ya ALLAH,
KAU jugalah pemilik nyawa dan hati
mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan
dan keperkasaan mereka.
Pada tangan KAU lah terletak segala
perancangan dan kemampuan mereka.
Kami memohon kepadaMu ya ALLAH,
agar KAU tarik segala keperkasaan
mereka dan berikan kepada mujahidin
yang berjuang atas jalanMu, tariklah
segala keberanian mereka, dan
berikanlah kepada mujahidin yang
berjuang atas jalanMu, tariklah segala
kekuatan mereka, dan berikanlah
kepada mujahidin yang sedang
mempertahankan deenMu.
Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan
dan kelemahan, KAU lah pemilik
kehancuran dan kehinaan.
Maka campakkanlah ketakutan atas
hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-
kuncunya.
Lemahkanlah segala kekuatan mereka.
Hancurkanlah segala keperkasaan
mereka. Hinakanlah segala kemuliaan
mereka.
Ya ALLAH, hancurkanlah mereka
dengan segala kekuatanMu. Ya ALLAH,
hantarkanlah api dari langit yang
pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad,
hantarkanlah teriakan yang pernah
KAU hantarkan pada kaum Thamud,
hantarkanlah taufan yang pernah kau
hantarkan pada Kaum Nuh,
tenggelamkanlah mereka seperti mana
kau tenggelamkan Firaun dan Haman.
Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka,
bunuhlah semua tentera mereka
sehingga tidak tertinggal seorang pun
dari mereka.
ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
Kami ini lemah, mungkin kerna dosa
kami maka saudara kami diuji sebegini
rupa.
Maka kami sujud menghina diri, kami
meletakkan dahi kami ke tanah
memohon kepadaMu RABBI, agar KAU
maafkan dan ampunkan dosa-dosa
kami.
Ya ALLAH… KAMI hambaMu memohon
ampun, KAMI hambaMu memohon
maaf atas segala kesilapan dan
kelalaian kami. Mungkin kerna
kelalaian kami maka saudara kami
diuji.
YA ALLAH…Ya ALLAH, KAU sahajalah
yang sentiasa bersama-sama hamba-
hambaMu.
Kami memohon kepadaMu ya ALLAH,
sentiasalah KAU berada di sisi
pejuang-pejuang yang
mempertahankan deenMu di Gaza dan
Palestin.
Ya ALLAH… kasihanilah mereka.
Andai dosa kami besar sehingga KAU
tidak memandang kami, maka KAU
pandanglah darah-darah yang
tersembur dari tubuh pejuang-pejuang
Mu di Gaza dan Palestin sana.
YA ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya
ALLAH, kasihanilah mereka.Ya ALLAH,
bantulah mereka dan bantulah kami.
Kuatkanlah saudara-saudara kami di
Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah
kami.
YA ALLAH, musnahkanlah musuh-
musuh mereka dan musuh-musuh
kami.
YA ALLAH, bantulah saudara-saudara
kami dan bantulah diri kami.
YA ALLAH yang sentiasa mendengar
doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari
urat nadi kami, ya ALLAH yang telah
berjanji kepada kami,
“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan
AKU perkenankan”
Ya ALLAH yang telah berkata kepada
kami,“Kalau hambaKu bertanya
kepadamu mengenai AKU,
sesungguhnya AKU amat dekat…”
Maka kami menuntut janji-janji itu.
Perkenankanlah doa-doa kami.
Bantulah kami. Bantulah saudara-
saudara kami.
Sesungguhnya kami yang lemah ini
hanya mempunyai kekuatanMu
sebagai payung dari hujan kejahatan
musuh-musuh kami dan musuh-
musuhMu.
Ya RABB… YA RABB… YA RABB..
KAU Sahaja tempat kami mengadu
atas kesusahan kami dan kelemahan
kamiKAU makbulkanlah doa ini atas
doa hamba-hambaMu yang soleh,
KAU makbulkan doa ini atas amalan
soleh yang telah kami lakukan secara
sengaja atau tak sengaja. KAU
makbulkanlah doa ini atas cinta dan
kasihMu kepada Rasulullah SAW…
Ya ALLAH… Ya ALLAH… Ya ALLAH…
Selamatkanlah kami hamba-hambaMu
ini dari tangan-tangan yahudi dan
segala kuncu-kuncunya.Sesungguhnya
KAU sahajalah penjaga kami, kepada
KAU sahajalah kami berharap, kepada
KAU sahajalah kami bergantung harap.
Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah
ISLAM, tinggikanlah ISLAM.Segala puji
kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling
Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling
Perkasa, Yang Paling Agung.
Selawat dan salam kami utuskan
kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli
keluarganya, seluruh sahabatnya, dan
semua mereka yang menuruti mereka
hingga masa ke semasa hingga ke hari
kiamat.Amiiin…
Saudara sekalian…
bantu share, jazakumullah khairan
katsiran
Pengertian islam,artikel islam,dunia islam,suara islam,berita islam,sumber hukum islam,pendeta masuk islam
analyticstracking.php
Wednesday, 2 July 2014
Doa Untuk Gaza
Labels:
Belajar Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment