analyticstracking.php

Sunday, 17 August 2014

Kisah Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ Bersama Anak Yatim Di Pagi Syawal

Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ yang,
kita cintai begitu prihatin terhadap
anak-anak yatim. Bahkan Baginda ﺻﻠﻰ
ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , merupakan seorang
yatim piatu sejak kecil. Mari kita hayati
bagaimana lembut dan ikhlasnya kasih
sayang yang diberikan oleh Baginda
ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , kepada anak-
anak yatim.
Pada zaman jahiliah, penduduk kufar
Quraisy Makkah sering
memperlakukan kezaliman terhadap
anak-anak yatim. Anak yatim pada
zaman itu seperti anak yang tiada
halatuju kehidupan. Sekirannya ibu
seorang anak yatim dinikahi oleh lelaki
lain, warisan berupa harta si anak
dihabiskan oleh bapa tirinya sehingga
mengakibatkan si anak yatim hidup
merempat.
Namun, kedatangan Islam telah
merubah semua persepsi negatif
terhadap anak-anak yatim ini.
Sebagaimana firman ALLAH SWT :
ﻛَﻠَّﺎ ﺑَﻞ ﻟَّﺎ ﺗُﻜْﺮِﻣُﻮﻥَ ﺍﻟْﻴَﺘِﻴﻢَ
“ Jangan demikian, (sebenarnya kata-
kata kamu itu salah). Bahkan
(perbuatan kamu wahai orang-orang
yang hidup mewah, lebih salah lagi
kerana) kamu tidak memuliakan anak
yatim, (malah kamu menahan apa
yang Ia berhak menerimanya ;( “
ﻭَﻟَﺎ ﺗَﺤَﺎﺿُّﻮﻥَ ﻋَﻠَﻰ ﻃَﻌَﺎﻡِ ﺍﻟْﻤِﺴْﻜِﻴﻦِ
Dan kamu tidak menggalakkan untuk
memberi makanan (yang berhak
diterima oleh) orang miskin ;
ﻭَﺗَﺄْﻛُﻠُﻮﻥَ ﺍﻟﺘُّﺮَﺍﺙَ ﺃَﻛْﻼً ﻟَّﻤّﺎً
Dan kamu sentiasa makan harta
pusaka secara rakus (dengan tidak
membezakan halal haramnya ‏) ,
ﻭَﺗُﺤِﺒُّﻮﻥَ ﺍﻟْﻤَﺎﻝَ ﺣُﺒّﺎً ﺟَﻤّﺎً
Serta kamu pula sayangkan harta
secara tamak haloba! [Surah AL-Fajr :
17-20]
Menurut Muqatil, seorang ahli tafsir
ayat tersebut menjelaskan mengenai
kisah Qudamah bin Maz’un, yang
merupakan seorang anak yatim
diperlakukan dengan kejam oleh
Umayyah bin Khalaf seorang pembesar
Quraisy yang zalim.
Peringatan-peringatan dari ALLAH
Subhanahu Wa Taala banyak
ditegaskan mengenai kewajiban dan
berhati-hati dalam mengendalikan
harta anak yatim sebagaimana firman
ALLAH Subhanahu Wa Taala yang
bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati harta
anak yatim, kecuali dengan cara yang
lebih baik (bermanfaat) sampai ia
dewasa dan penuhilah janji,
sesungguhnya janji itu pasti diminta
pertanggungjawabannya”.[Surah al-
Isra : 34]
Kita hayati juga kesedihan yang
dialami oleh Nabi kesayangan kita
Sayyidina Rasulullah
ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , sebagai seorang
yang bergelar anak yatim piatu. ALLAH
Subhanahu Wa Taala tidak pernah
mempersiakan kekasih NYA dan
: berfirman
ﺃَﻟَﻢْ ﻳَﺠِﺪْﻙَ ﻳَﺘِﻴﻤﺎً ﻓَﺂﻭَﻯ
“ Bukankah dia mendapati engkau
yatim piatu, lalu la memberikan
perlindungan? “
Mari kita fahami dahulu keadaan anak
yatim piatu di zaman sebelum
kedatangan Islam sebelum saya
kongsikan kisah Junjungan Mulia yang
kita cintai Sayyidina Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , bersama anak yatim di
pagi Syawal. Barangkali kita boleh
bandingkan nasib anak-anak yatim
piatu di zaman kita ini.
Ahmad Musthafa Al-Maraghi dalam
tafsirnya menyebut, apabila seseorang
bergelar yatim di Makkah, maka
kehidupan mereka ibarat sudah di
yakinkan akan gelap gelita. Ini
termasuklah kerosakan akhlak,
kehidupan yang disia-siakan dan
tekanan perasaan kerana kehilangan
ayah dan ibu. Ini disebabkan tiada
sesiapa yang mengambil peduli akan
untung nasib anak-anak yatim kerana
masing-masing sibuk mementingkan
diri sendiri. Anak-anak yatim ketika itu
menjadi sesat disebabkan pengaruh
jahiliah arab kufar. Walaubagaimanap
un tidak kepada Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ
ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , yang dipelihara
kemaksumannya oleh ALLAH
Subhanahu Wa Taala Yang Maha
Mulia.
Ayuh Hayati Kisah ini :
“Ayahku ialah Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ
ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ”,
Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi
Hari raya Aidilfitri. Sebagaimana yang
diketahui, betapa Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , amat menyintai anak-
anak yatim piatu. Diriwayatkan pada
suatu hari raya Aidilfitri, ketika Baginda
ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , keluar dari rumah
untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Baginda ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ telah,
melihat sekumpulan kanak-kanak
sedang girang bermain, tertawa
meraikan kehadiran lebaran. Kanak-
kanak itu mengenakan pakaian
baharu.
Tiba-tiba, Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ
ﻭﺳﻠﻢ , terpandang kepada seorang
kanak-kanak berpakaian lusuh,
compang-camping yang duduk
sendirian dan menangis tersedu-sedu.
Baginda ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ,
mendekati gadis kecil itu dan
mengusap kepalanya dengan tangan
Baginda yang mulia dan bertanya
dengan suaranya yang lembut;
”Mengapa engkau menangis nak…”.
Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ yang ,
memiliki hati yang lemah lembut turut
pilu.
Anak itu terkejut kehairanan dan
menjawab tanpa menoleh ke arah yang
bertanya, tanpa mengetahui kekasih
ALLAH sedang berbicara dengannya :
“Biarkan aku sendirian.” Dia berkata
lagi dengan perlahan : “Ayahku telah
mati dalam pertempuran bersama Nabi
ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , dan ibuku
berkahwin lagi. Harta ku habis
dimakan oleh suami ibuku dan aku
diusir dari rumahnya. Pada hari raya
yang suci ini, semua anak pasti
menginginkan beraya dengan kedua
orang tuanya. Aku melihat rakan-
rakanku begitu gembira, bahagia
bersama keluarga mereka. Sedangkan
aku, tidak seperti mereka yang
beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu
sebabnya aku menangis.
Andai ayahku masih bersamaku, tentu
dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari
raya tahun lalu, dia membelikanku
baju berwarna hijau lengkap
bersepatu. Aku sangat bahagia ketika
itu, namun kini aku tidak
mendapatkannya lagi untuk selama-
lamanya. Aku telah menjadi anak
yatim….”
Mendengarkan kisah gadis kecil itu,
Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ,
semakin sedih. Tanpa disedari airmata
Baginda ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , yang
mulia menitis membasihi wajahnya.
Kemudian dengan penuh kasih sayang
Baginda ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ,
membelai rambut anak gadis itu
sambil berkata : “Anakku, hapuskan
airmatamu, angkatlah kepalamu dan
dengarlah apa akan kusampaikan
kepadamu. Apakah engkau ingin aku
menjadi ayahmu ? Apakah engkau
ingin agar Fatimah R.A menjadi
kakakmu ? Dan apakah engkau ingin
Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana
pandapatmu mengenai cadanganku ini
wahai anakku ? ”
Mendengarkan ucapan itu, gadis
tersebut berhenti menangis. Perlahan-
lahan dia mengangkat kepalanya dan
memandang dengan takjub wajah
penuh bercahaya manusia agung yang
berdiri di hadapannya. MASYAALLAH…
orang yang turut bersedih bersamanya
ialah Sayyidina Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ
ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ., Betapa anak gadis ini telah
mencurahkan segala isi hatinya
kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa
Taala.
Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa
mana yang akan menolak pelawaan
daripada manusia mulia ini. ALLAHU
ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan
tanpa kata dan mengganggukkan
kepalanya perlahan sebagai tanda
persetujuan.
Kemudian Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ
ﻭﺳﻠﻢ , memimpin tangan anak itu
menuju ke rumah Baginda ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ
ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ., Sepanjang perjalanan, gadis
itu tersenyum riang dan terhapus
kesedihan di wajahnya.
Setibanya di rumah Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ
ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , gadis kecil itu disambut
dengan mesra oleh Sayyidah Fatimah
Az-Zahra. Sayyidah Fatimah
membersihkan tubuh gadis kecil itu,
menyisir rambutnya dan memakaikan
baju baharu dan sepatu yang indah.
Bahkan, Ummul Mukminin, Aisyah R.A
menyediakan makanan khas
bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , juga
memberikan wang saku kepada si
anak. Setiap ahli keluarga Baginda ﺻﻠﻰ
ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ , menyantuninya
dengan penuh kasih sayang. ALLAHU
ALLAH. Betapa girangnya gadis kecil
itu memiliki ayah seperti Rasulullah
ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ., Begitu pula
Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ,
Sayyidah Aisyah dan Sayyidah
Fatimah begitu gembira meraikan
kegembiraan anak gadis kecil itu.
Begitulah keperibadian Rasulullah
Shollallahu Alaihi Wassalam sebagai
panduan kita dalam kehidupan. Betapa
hampirnya Baginda Shollallahu Alaihi
Wassalam dengan anak-anak yatim-
piatu.
ar-Rahiq al-Makhtum
Sollu’ alan Nabiyy .…
.ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻪ ﻭ ﺻﺤﺒﻪ ﻭ
ﺑﺎﺭﻙ ﻭ ﺳﻠﻢ

No comments:

Post a Comment