analyticstracking.php

Thursday, 10 July 2014

TAHUKAH ANDA SEJARAH PALESTIN DAN ISRAEL?


Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-
dua pihak Islam dan Yahudi, tanah
yang didiami oleh Palestin dan Israel
sekarang merupakan tanah yang
istimewa, yang telah ditentukan oleh
Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah
terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid
ketiga paling mulia di dunia ini, setelah
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah
tersebut merupakan ‘Tanah Yang
Dijanjikan Tuhan’ kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka
berasal (Bani Israel), dan di situlah
kampung halaman mereka. Mereka
percaya, di tanah itulah terletaknya
Bukit Zion, dan situlah tertanamnya
Temple of Solomon, iaitu kuil suci
mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah
tersebut menjadi rebutan antara
Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu,
hinggalah membawa kepada
pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula?
Kristian juga, menganggap tanah
tersebut sebagai tanah suci. Di Temple
of Nazareth, yang terletak di tanah
tersebut, merupakan tempat kelahiran
Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa
menyampaikan ajarannya, dan di
tanah itu jugalah Nabi Isa disalib
(mengikut kepercayaan kristian).
Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani Israel wujud
sedari zaman Nabi Ibrahim lagi.
Namun, kita susuri sedari
kependudukan Bani Israel itu di Mesir,
sepertimana yang diutuskan Nabi Musa
a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa
Firaun dan tenteranya mengejar Nabi
Musa dan kaumnya sehingga ke Laut
Merah, di mana ketika itu Nabi Musa
menggunakan mukjizatnya membelah
dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya
Bani Israel mendiami tanah Palestin
tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-
Quran, betapa kaum ini semakin lama
semakin besar kepala, meminta yang
pelbagai daripada Nabi Musa dan
sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan
Jalut yang berlaku setelah kewafatan
Nabi Musa, sebagaimana yang
diceritakan dalam al-Quran melalui
surah al-Baqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah
Palestin daripada kekuasaan Jalut,
tampuk pemerintahan Palestin
disambung pula oleh Nabi Daud.
Seterusnya disambung oleh Nabi
Sulaiman, dengan bala tenteranya dan
kegemilangan kerajaannya (termasuk
haiwan, jin dan angin).
Palestin dimiliki oleh Bani Israel,
sehinggalah lebih kurang 60 tahun
sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom
menekan kependudukan Bani Israel di
tanah Palestin tersebut,
sehinggalah akhirnya tanah Palestin
dijarah oleh tentera Rom dan kaum
Bani Israel diusir keluar lalu
tersebarlah kaum Bani Israel, atau
dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke
serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik
kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi
Isa, seterusnya kewujudan agama
Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi,
kerajaan Rom di bawah pemerintahan
Raja Constantine yang menjadikan
Constantinople sebagai pusat
pemerintahan, mengalami
Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan
Rom menguasai Palestin.
Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan
Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita
Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah
berjaya menubuhkan empayar Islam,
beliau wafat pada 632 Masihi.
Empayar Islam semakin berkembang
dan Palestin berjaya ditawan dari
kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi.
Maka sedari itulah Palestin menjadi
milik Islam, sebagai tanah suci yang
ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan
Rom yang telah menjalani Kristianisasi
mengalami pelbagai perubahan
daripada sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti
Vikings, Magyar dan sebagainya
dikristiankan, dan pemerintahan
dikuasai oleh golongan gereja.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian
telah melakukan pelbagai usaha
menawan kembali Palestin. Pada
tahun 1063, Pope Alexander II
memberikan ‘fatwa’ mengerahkan
penganut Kristian untuk berjuang
mendapatkan kembali Palestin, dan
barangsiapa yang berjuang diberikan
status kemuliaan dan pengampunan
tertinggi.
Itulah yang dikenali sebagai Perang
Salib (Crusades).
Akhirnya pada tahun 1099, tentera
Salib berjaya menawan Palestin, dan
menguasai tanah suci tersebut selama
hampir 200 tahun.
Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan
Islam yang sedia ada konflik dalaman
pada ketika itu, semakin hilang
semangat.
Keadaan berlanjutan sehinggalah
lahirnya seorang pemimpin agung,
yang dikenali sebagai Salahuddin Al
Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan
masyarakat Arab yang ketika itu
berpecah belah akibat perbezaan
mazhab dan aliran, seterusnya
membawa tentera Islam menyerang
kembali Palestin.
Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu
negara Palestin berjaya ditawan, dan
pada tahun 1291 kubu terakhir tentera
Salib di tanah suci tersebut berjaya
dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal
di bawah pemerintahan Islam dengan
aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu
Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang
ke kampung halaman mereka,
walaupun masih ramai yang
bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas,
hinggalah masuk ke era pemerintahan
Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami
kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses modenisasi semakin berlaku,
dan kebergantungan terhadap kuasa
barat semakin wujud. Krisis-krisis dan
konflik dalaman melemahkan lagi
kekuasaan empayar Turki
Uthmaniyyah.
Khalifah pada masa tersebut hanyalah
pada nama. Empayar Islam semakin
lemah, di bawah kekuasaan barat
seperti Britain dan Perancis.
Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914,
tercetusnya Perang Dunia Pertama.
Perang ini terdiri daripada dua kuasa
besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-
Perancis-Rusia menentang Pakatan
Pusat iaitu Jerman dan Austria/
Hungary.
Setelah perang berterusan, negara-
negara lain seperti Amerika Syarikat
dan Itali menyertai Pakatan Bertiga,
manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah
pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat,
kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang
hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-
Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur
diserang dan ditawan oleh Britain.
Kerajaan Islam Barat yang menjangkau
hingga ke Algeria dan Sudan manakala
negara-negara utara Afrika dikuasai
oleh Perancis.
Kerajaan Islam juga diserang dari
utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia
menawan kawasan utara kerajaan
Islam.
Perlu diberi perhatian bahawa pada
ketika ini, masih belum wujud negara
bangsa dan kerajaan Islam disatukan
di bawah satu pemerintahan khalifah,
manakala setiap kawasan pula ditadbir
oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan
Turki Uthmaniyyah mengalami konflik
yang semakin hebat. Britain melalui
perisiknya yang dikenali sebagai
Lawrence of Arabia, menyuburkan
semangat nasionalisme di negara-
negara Arab.
Pejuang kebangsaan/nasionalisme
Arab pula menyerang kerajaan Turki
Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal
I, berpaling tadah dan memihak
kepada Britain.
Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali
barut Britain. Pada tahun 1915, Britain
mula menduduki kawasan Iraq.
Akhirnya pada 1917, Britain menduduki
semula kawasan Palestin.
Tentera Britain, diketuai General
Allenby, memasuki Palestin pada 9
Disember 1917 lalu memberi ucapan,
“Hari ini, Perang Salib sudah
berakhir”.
Pada 1917, Britain mengisytiharkan
Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian
antara kerajaan Britain dengan ketua
persatuan Yahudi Britain ketika itu,
yang mana antaranya menjanjikan
tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin
meningkat, dari 50,000 penduduk
sebelum itu kepada mencecah
setengah juta penduduk, manakala
penduduk Islam Palestin ketika itu
hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi
tersebut merupakan seorang Yahudi
bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang
saintis, malahan saintis pertama yang
menghasilkan bahan kimia acetone,
seterusnya acetone digunakan sebagai
cordite, iaitu sejenis bahan letupan
yang menyumbang besar kepada
kejayaan Britain dalam perang
tersebut.
Weizzman mendesak Setiausaha Luar
Britain ketika itu, Arthur Balfour,
supaya diadakan Deklarasi tersebut.
Dek terhutang budi ke atas
sumbangan Weizzman, kerajaan
Britain bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan
tanah di Uganda kepada Weizmann,
namun Weizmann menolak dan
mahukan Palestin. Dikatakan,
Weizmann bertanya kepada Balfour:
“Encik Balfour, katakanlah saya
menawarkan Paris dan London kepada
encik, yang mana satukah yang encik
mahukan?”
“Tetapi, kami sememangnya sudah
memiliki London!”
“Betul itu, tetapi ketika London masih
lagi sebuah kawasan paya, kami
telahpun memiliki tanah Palestin!”
Akhirnya, British membenarkan kaum
Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika
itu pula menandatangani perjanjian
antara beliau dengan Chaim
Weizzmann, menyatakan sokongan
sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab
kepada Deklarasi Balfour.
Pada tahun 1919, berakhirnya Perang
Dunia Pertama.
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah
menerima tamparan hebat setelah
kehilangan kawasan-kawasannya yang
luas, termasuklah Palestin.
British dan Perancis mula menjalankan
kolonisasi di tanah-tanah jajahannya.
Bertitik tolak daripada situ wujudlah
negara bangsa, apabila sempadan-
sempadan digariskan memisahkan
sempadan agama.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Pada tahun 1918, tentera kolonial
Britain menduduki pusat pemerintahan
Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.
Pada tahun 1922, setelah tamat
Perang Dunia Pertama, sebuah
Persidangan Lausanne diadakan, yang
antaranya mempunyai beberapa
tuntutan seperti sistem khalifah
ditamatkan, khalifah mestilah dibuang
negeri, harta khalifah dirampas, dan
kerajaan turki baru akan ditubuhkan
atas dasar sekular.
Ya, persidangan tersebut menjanjikan
kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah
bertanya kepada Lord Curzon, ketua
perunding pihak pakatan ketika itu,
“Kenapa hanya Turki dimerdekakan,
sedangkan negara-negara Arab yang
lain masih di bawah pemerintahan
kolonial?”
Lord Curzon menjawab, “Hakikatnya
Turki telah dimusnahkan dan tidak
akan bangkit lagi, kerana kita telah
menghancurkan kekuatannya –
Khalifah dan Islam”.
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal
Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke
atas kabinet Turki ketika itu, lalu
merombak parlimen sedia ada yang
tidak bersetuju dengan persidangan
tersebut.
Parlimen kedua yang ditubuhkan juga
tidak bersetuju dengan persidangan
tersebut.
Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk
mengadakan konspirasi politik lalu
merampas tampuk pemerintahan. 3
Mac 1924, kerajaan khalifah secara
rasminya ditamatkan.
Pada pagi hari tersebut juga, khalifah
terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir
keluar dan dibuang negeri.
Mustafa Kamal Attartuk mengambil
mengambil takhta, dan proses
pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah
naiknya seorang pemerintah Jerman
ketika itu, iaitu Adolf Hitler.
Ketika tercetusnya perang dunia kedua
oleh beberapa sebab, Hitler
melaksanakan pelan pemusnahan
kaum yang dikenali sebagai Action T4.
Pelan ini merencanakan pembunuhan
Euthanasia beramai-ramai keatas
golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua,
dianggarkan hampir seramai 6 juta
Yahudi di seluruh Eropah mati
dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang
besar, Britain berundur dari Palestin
dan tanah-tanah jajahannya yang lain
pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar
dunia setelah Perang Dunia Kedua,
memainkan peranan penting dalam
penubuhan negara Israel.
Pada asalnya, Israel tidaklah wujud
sebagai sebuah negara yang hakiki.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh
Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi
yang ada adalah sedikit, serta mereka
hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi
Amerika mengutuskan tuntutan kepada
Presiden Amerika Syarikat ketika itu,
Harry Truman.
Pada November 1947, tuntutan
tersebut dibawa ke persidangan
Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) lalu pemisahan Palestin
dideklarasikan.
Pada 16 May 1948, kerajaan
sementara Israel ditubuhkan di
Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong
sepenuhnya penubuhan Israel, maka
wujudlah penempatan Israel di tanah
Palestin sehingga kini.
Presiden Israel yang pertama ialah
Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang
Sedari peristiwa Holocaust, ramai
Yahudi berhijrah ke Amerika atas
dasar terbuka negara tersebut
terhadap mereka, serta ramai juga
yang pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan
tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan
diberikan kepada mereka atas dasar
belas kasihan akibat Holocaust
tersebut.
Dari situlah, Yahudi di Amerika
berkembang dan memegang tampuk
ekonomi dan pentadbiran Amerika.
Amerika, selaku kuasa besar dunia
setelah Perang Dunia Kedua,
memberikan sokongan tanpa putus-
putus kepada negara Israel, yang
didirikan di atas tanah Palestin yang
dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan
menyerang Palestin dalam usaha
meluaskan sempadannya. Palestin
pula berjihad, dalam usaha menawan
kembali Masjidil Aqsa.
Sejak kerajaan khalifah Islam
tumbang, tiada sesiapa lagi yang
mahu menyokong Palestin.
Negara-negara Islam yang lain tunduk
takut dan akur kepada Amerika.
Sampai bila keadaan ini akan
berakhir? Hanya dua; sama ada
Palestin akan terus dihapuskan dan
Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam
usaha mereka mencari Temple of
Solomon, ataupun tertegaknya kembali
kerajaan khalifah Islam yang
menyokong perjuangan Palestin.
Di manakah kita? Kita boleh berdiam
diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus
menjadikan kesudahan yang pertama
tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha
melakukan sedaya upaya menyokong
perjuangan Palestin, yang membawa
kepada kesudahan yang kedua.
Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment