Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke
atas hamba-Nya? Adakah bala yang
ditimpakan itu membuktikan
kemarahan Allah ke atas diri kita yang
terpaksa menanggung risiko akibat
perbuatan orang lain?
Apabila dilihat telatah, gelagat dan
perwatakan umat Islam hari ini
memperlihatkan benar-benar mereka
mengundang bala daripada Allah SWT.
15 Perkara Mendatangkan Musibah &
Bala Bencana
Dari Ali bin Abi Talib Ra berkata:
Rasulullah Saw bersabda: "Apabila
umatku telah melakukan lima belas
perkara, maka halal baginya (layaklah)
ditimpakan kepada mereka bencana."
Ditanya, apakah lima belas perkara itu
wahai Rasulullah?
Rasulullah Saw bersabda: “Apabila…
1. Harta rampasan perang (maghnam)
dianggap sebagai milik pribadi
2.Amanah (barang amanah) dijadikan
sebagai harta rampasan,
3.Zakat dianggap sebagai cukai
(denda),
4. Suami tunduk pada isterinya.
5. Derhaka terhadap ibu.
6. Mentaati kawan yang menyimpang
dari kebenaran.
7. Menbenci ayah.
8. Bersuara keras (menjerit jerit) di
masjid.
9. Pemimpin diangkat dari golongan
yang rendah akhlaknya.
10. Orang ditakuti (dihormati)kerana
kejahatannya.
11. Minum arak berleluasa.
12. Semakin ramai(lelaki) memakai
sutera.
13. Wanita menari di khalayak umum
dianggap perkara biasa.
14. Permainan muzik merata rata.
15. Umat akhir zaman ini sewenang-
wenangnya mengutuk umat umat
permulaan termasuk para sahabat
Nabi SAW, tabi’in dan para imam
muktabar.
Apabila telah berlaku perkara-perkara
tersebut, maka tunggulah datangnya
malapetaka berupa; taufan merah
(kebakaran), tenggelamnya bumi dan
apa yang diatasnya ke dalam bumi
(gempa bumi dan tananh runtuh), dan
perubahan-perubahan atau
penjelmaan-penjelmaan dari satu
bentuk kepada bentuk yang lain. "(HR.
Tirmidzi, 2136)
Itulah perkara-perkara yang
menyebabkan suatu negeri mengalami
kekacauan, kehancuran, kesempitan,
kemelaratan, perseteruan, dan
perpecahan satu sama lain, antara
rakyat dengan rakyat dan rakyat
dengan penguasa. Rasuah dan
ketidakadilan berleluasa, segala
macam penyakit bermunculan
menimpa manusia, yang benar-benar
menyulitkan dan membinasakan
kehidupan manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.
Oleh sebab itulah, Rasulullah Saw
berdoa agar sahabat-sahabatnya tidak
menjumpai keadaan yang demikian
dahsyat dan buruknya. Dari semua
perkara yang menyebabkan datangnya
siksa dan azab itu. Insya Allah akan
berakhir jika manusia dan kaum
Muslimin khususnya kembali kepada
Allah dan Rasul Nya, berpegang teguh
kepada Dinullah (Islam yang sebenar-
benarnya, menurut Al Qur'an dan As
Sunnah) mengikut petunjuk Rasulnya.
Sebagai penutup, renungkanlah firman
Allah swt berikut sebagai introfeksi kita
semua:
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-
negeri beriman dan bertakwa, pastilah
kami akan melimpahkan kepada
mereka berkah dari langit dan bumi,
tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat
kami) itu, Maka kami siksa mereka
disebabkan perbuatannya." (QS. Al
A'raf, 7: 96)
Wallahu'alam bis showab ...
Pengertian islam,artikel islam,dunia islam,suara islam,berita islam,sumber hukum islam,pendeta masuk islam
analyticstracking.php
Friday, 18 July 2014
15 Sebab Allah Turunkan Bala Kepada Umat Manusia
Labels:
Belajar Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment