Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim,.
(sumber: myibrah.com) Berikut
merupakan fakta unik secara
ringkasnya mengenai kehidupan
Baginda.
Nabi SAW tidak melepaskan tangannya
saat berjabat sebelum mitranya
melepaskan terlebih dahulu.
Nabi SAW tidak pernah mengulurkan
kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
Nabi SAW menoleh dengan seluruh
badannya, menunjuk dengan seluruh
jarinya.
Nabi SAW kalau berbicara sesekali
menggigit bibir tanda berpikir,
menepuk telapak kiri dengan jari
telunjuk.
Baginda tidur dengan alas tidur dari
pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau
musim dingin dipakai 2 lapis dan 2
lapis lagi untuk selimut (hingga Umar
bin Khattab sempat menangis jika
membandingkan gaya hidup rasulullah
dengan raja romawi)
Harta Nabi SAW yang paling mewah
adalah sepasang alas kaki berwarna
kuning, hadiah dari Negus, penguasa
Abissinia.
Nabi SAW tinggal di pondok kecil
beratap jerami yang kamar-kamarnya
dipisahkan oleh batang-batang pohon
yang diikat dengan lumpur bercampur
kapur.
Nabi SAW sendiri yang menyalakan
api, memerah susu dan menjahit alas
kakinya yang putus.
Santapan Nabi SAW yang paling
mewah, meski jarang dinikmatinya,
adalah madu, susu dan lengan
kambing.
Nabi SAW gagah berani, namun
memiliki senyum yang sangat memikat
dan malu mempermalukan orang.
Nabi SAW merupakan contoh jenis
manusia secara sempurna iaitu
pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan
seniman.
Nabi SAW selalu memilih yang
termudah, selama halal, bila
berhadapan dengan pilihan.
Senyumnya menyejukkan, dilukiskan
sebagai butir salju di oase.
Baginda tidak pernah sakit gigi.
Baginda bersiwak tak kurang 10 kali
sehari.
Warna kulit baginda putih kemerah-
merahan.
Subhanallah (!)^^.. Cantik kan
Rasulullah SAW?~ tetapi, fakta yang
dikumpulkan itu hanyalah sedikit
daripada peribadi Rasulullah SAW
sepenuhnya. Walhal, terdapat banyak
lagi cerita mengenai Rasulullah SAW
yang diriwayatkan melalui hadis2 yang
menjelaskan perihal Rasulullah SAW
dalam segenap aspek kehidupan baik
sebagai pemimpin, anak, sahabat,
bapa dan suami. Tambahan pula,
Rasulullah SAW adalah sebaik- baik
contoh buat kita semua dan
merupakan ikon yang sewajarnya
menjadi ikutan seluruh umat manusia
baik kanak- kanak mahupun orang
dewasa. Tidak percaya? cubalah kaji
perihal Rasulullah SAW (Muhammad
Rasulullah bin Abdullah) di Internet
atau pada buku2 yang dijual di
pasaran. Namun, berhati2 dengan
maklumat palsu sesetangah pihak
yang sengaja mencari pasal
memburukkan baginda Nabi SAW.
JAMINAN 100% bahawa Rasulullah
SAW merupakan contoh terbaik buat
semua adalah PASTI. ^^ Akhir sekali,
berselawat dan salam kepada baginda
Nabi Muhammad SAW sebagai tanda
cinta dan kasih kita kepadanya,
semoga kita ditempatkan sebagai
salah seorang yang bakal memperoleh
syafaatnya di Akhirat kelak, amin~.
Wallahu A’lam
Pengertian islam,artikel islam,dunia islam,suara islam,berita islam,sumber hukum islam,pendeta masuk islam
analyticstracking.php
Tuesday, 10 June 2014
15 FAKTA MENARIK TENTANG RASULULLAH S.A.W
Labels:
Belajar Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment