Bismillahir rahmaanir rahiim..
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI
LEMBAH URANAH, GUNUNG ‘ARAFAH
“Wahai manusia dengarlah baik-baik
apa yang hendak ku katakan. Aku
tidak mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah
dengan teliti kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-orang
yang tidak dapat hadir di sini pada hari
ini.
Wahai manusia, sebagaimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini
sebagai suci maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang muslim sebagai
amanah suci. Kembalikan harta yang
diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti siapa pun agar
orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu
akan menemui Tuhan kamu dan Dia
pasti akan membuat perhitungan atas
segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba’, oleh
itu segala urusan yang melibatkan riba’
hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara
kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu
mempunyai hak atas para isteri kamu,
mereka juga mempunyai atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan
mereka ke atas kamu maka mereka
juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik, dan berlemah lembutlah terhadap
mereka karena sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu
yang setia. Dan hak kamu ke atas
mereka ialah mereka sama sekali tidak
boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini.
Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima
kali sehari, berpuasalah di Bulan
Ramadhan, tunaikanlah zakat dan
harta kekayaan kamu dan kerjakanlah
ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahwa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang
lain. Kamu semua adalah sama, tidak
ada seorang pun yang lebih mulia dari
yang lainnya kecuali dalam taqwa dan
amal soleh.
Ingatlah bahwa kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari
untuk mempertanggungjawabkan
segala apa yang telah kamu lakukan.
Oleh karena itu, awasilah tindak-
tanduk kamu agar jangan sekali-kali
kamu keluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama
baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah
dengan betul dan fahamilah kata-
kataku yang telah disampaikan kepada
kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada
kamu dua perkara yang sekiranya
kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya niscaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku ini
menyampaikannya pula kepada orang
lain dan hendaklah orang yang lain itu
menyampaikannya pula kepada orang
lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang
menerimanya lebih memahami kata-
kataku ini dari mereka yang
mendengar terus dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya aku telah
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-
hamba-Mu.“
Pengertian islam,artikel islam,dunia islam,suara islam,berita islam,sumber hukum islam,pendeta masuk islam
analyticstracking.php
Saturday, 31 May 2014
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW
Labels:
Belajar Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment